malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Petronas kurangkan pengeluaran minyak bagi 2017
Diterbitkan:  Dec 21, 2016 11:18 AM
Dikemaskini: 4:24 AM
ADS

Petronas akan mengurangkan hingga 20,000 tong sehari (bpd) minyak mentah daripada purata pengeluaran tahun ini bermula Januari tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata pelarasan secara sukarela itu mengambil kira keadaan dan prospek pasaran semasa.

Ia juga hasil daripada pakatan yang dibuat di Vienna, Austria pada 10 Disember lalu antara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC, katanya.

Mesyuarat itu bersetuju supaya ahli bukan OPEC perlu mengurangkan kepada 558,000 bpd selama enam bulan mulai 1 Januari 2017.

Sebelum ini, PETRONAS menyatakan komitmen untuk menyesuaikan pengeluaran minyak mentah dalam usaha mengurangkan bekalan global.

 

Lihat Komen