malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Amaran tsunami lepas gempa kuat di Papua New Guinea
Diterbitkan:  Dec 17, 2016 9:45 PM
Dikemaskini: 1:53 PM
ADS

Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 melanda 157km timur Rabaul di Papua New Guinea (PNG) hari ini, menyebabkan amaran mengenai gelombang tsunami di rantau ini, lapor agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

"Gelombang berbahaya tsunami adalah mungkin," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) dalam mesejnya selepas gempa melanda rantau New Ireland Papua New Guinea pada kedalaman 103.2km.

PTWC berkata gelombang tsunami mungkin berlaku tiga jam akan datang bukan sahaja melibatkan Papua New Guinea, tetapi juga Indonesia, Kepulauan Solomon, Pohnpei, Chuuk, Nauru, Kosrae dan Vanuatu.

New Zealand juga mengeluarkan amaran tsunami, manakala Hawaii dan Australia berkata tiada ancaman kepada pantai mereka, lapor Reuters.

"Kami terus menilai keadaan ... pada peringkat ini kami sedang menasihati warga New Zealand untuk berada di luar pantai, jauhi air, tidak keluar bersiar-siar dan mendengar radio dan TV," kata jurucakap bagi kementerian pertahanan awam & pengurusan kecemasan.

"Pada peringkat ini, amaran yang dikeluarkan bagi seluruh NZ," katanya.

Tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan akibat gempa bumi itu, yang pada mulanya diukur oleh USGS pada magnitud 8 dan pada kedalaman 73km.

Gempa adalah biasa di Papua New Guinea yang terletak di lingkaran api pasifik -kawasan yang mana kerak buminya pecah dan bergeser atau apa yang dikenali sebagai plat tektonik.

Lihat Komen