malaysiakini logo
ADS
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Lim: Jangan lupa jasa suku Temiar lawan komunis
Diterbitkan:  Dec 12, 2016 6:12 PM
Dikemaskini: 10:38 AM
ADS

Putrajaya dan kerajaan Kelantan digesa menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan bersama berhubung rasa tidak puas hati masyarakat Orang Asli di Gua Musang terhadap aktiviti pembalakan di kawasan itu.

Anggota Parlimen dan veteran DAP, Lim Kit Siang yang melawat Hutan Simpan Balah dan perkampungan suku Temiar semalam berkata, beliau menyaksikan sendiri masyarakat itu menderita kerana aktiviti pembalakan.

"Adalah jelas bahawa masyarakat Termiar di kawasan itu tidak berpuas hati atas kemusnahan sumber semula jadi dan sumber air mereka.

"Ini menyebabkan mereka membuat sekatan pada bulan September tetapi rasa tidak puas hati mereka tidak diambil serius oleh pihak berkuasa," kata Lim dalam satu kenyataan.

Katanya, suruhanjaya siasatan bersama itu akan membolehkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengenal pasti masalah sebelum merumuskan penyelesaian yang adil dan saksama.

ADS

Lim berkata, adalah salah jika pihak berkuasa melayan masyarakat Temiar sebagai penjenayah kerana cuba melindungi diri mereka.

'Lawan komunis'

Selain itu, katanya, Putrajaya dan kerajaan negeri tidak harus lupa bahawa masyarakat Orang Asli, khususnya suku kaum Temiar, memainkan peranan penting dalam perang menentang komunis.

ADS

"Beratus-ratus Orang Asli Temiar telah diambil oleh British dan kemudian kerajaan Malaya menubuhkan pasukan Senoi Praaq, yang merupakan satu unit khas dalam tentera Malaysia yang ditugaskan untuk mengesan gerila komunis dalam hutan tebal di sepanjang sempadan Thailand-Malaysia.

"Hari ini, adalah biasa untuk bertemu dengan veteran Senoi Praaq dalam kalangan orang tua di kampung-kampung Temiar di Kelantan, yang berumur 60-an dan 70-an," kata Lim.

Menurut Lim, suku Termiar adalah kumpulan sub-etnik yang terbesar di kalangan penduduk Orang Asli, yang berjumlah sekitar 25,000 orang dan kebanyakannya tinggal di hulu Perak dan Kelantan.

"Akses kepada sumber hutan adalah penting untuk sebab-sebab ekonomi dan sosio-budaya. Produk hasil hutan seperti rotan dan buluh, menyediakan pendapatan tambahan.

"Dari perspektif sosio-budaya dan rohani, suku Temiar bergantung kepada hutan sebagai tempat rekreasi dan untuk mengamalkan ritual agama-budaya," kata Lim.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen