malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jazlan: Saya ingat pelapor PBB tak 'main politik'
ADS

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nuz Jazlan Mohamed menganggap ulasan Pelapor khas Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Maina Kiai sebagai "campur tangan" dalam urusan negara ini dan siasatan terhadap penyaluran dana asing kepada NGO.

“Lelaki ini, yang bukan rakyat Malaysia dan bekerja untuk organisasi luar, datang dan beritahu orang ramai untuk berdemonstrasi dan mengkritik kerajaan. Dia campur tangan di Malaysia.

“Tindakannya memberi sebab kepada polis untuk menyiasat kumpulan atau NGO yang menerima dana asing sama ada terdapat campur tangan asing,” kata Nur Jazlan kepada Malaysiakini semalam.

Kiai, pelapor khas PBB berkaitan hak berhimpun dan berpersatuan, memerikan ucapan khas di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur yang dihoskan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) semalam.

Kiai antaranya menolak pilih bulu dalam penerimaan dana asing, apabila sumbangan dari putera Arab Saudi kepada perdana menteri dibenarkan sedangkan NGO yang menerima dana sumber lain disiasat.

Beliau mengulas siasatan polis, termasuk terhadap BERSIH yang didakwa menerima dana asing daripada hartawan Amerika Syarikat George Soros.

Bagi Nur Jazlan, perkara ini seperti “bermain politik”.

“Saya fikir pelapor PBB tidak main politik. Inilah jenis campur tangan politik dan pendandan yang kerajaan patut siasat,” kata Nur Jazlan.

[Baca berita asal]
 

Pelapor PBB: Dana putera Saudi tak bahaya pula

Lihat Komen