malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Kira-kira 30 orang hari ini berhimpun di luar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang berdepan dengan dua pertuduhan rasuah.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Persatuan Penyokong Mamu Parpu dan diketuai oleh Muhsin Latheef berkata mereka mahu exco kerajaan negeri yang juga adalah Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow untuk mengantikan Lim.

Mereka turut membawa sepanduk yang tertera kata-kata "Letak Jawatan Guan Eng", "Selesaikan masalah banjir, jangan salahkan orang lain" dan "Guan Eng tidak boleh bantu kita, biar Chow ambil alih".

Kumpulan berkenaan turut dikatakan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri mengendalikan banjir kilat akibat hujan lebat di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Kami mahu tahu apa yang kerajaan Pulau Pinang lakukan mengenai banjir.

"Pemimpin kerajaan negeri hanya berikan angka tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya dibelanjakan dan di mana lokasi di kerja-kerja tebatan banjir dijalankan," kata Muhsin.

Himpunan itu diadakan kerana kumpulan itu menjangkakan Lim akan hadir di Mahkamah Tinggi untuk sebutan kedua kes rasuah beliau.

Walau bagaimanapun, difahamkan bahawa Lim mungkin tidak menghadiri sesi hari ini. Hanya kelihatan, peguamnya Gobind Singh Deo dan RSN Rayer berada di mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen