malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis terus panggil individu terlibat BERSIH5
Diterbitkan:  Dec 3, 2016 4:19 PM
Dikemaskini: 8:36 AM
ADS

Dua minggu selepas perhimpunan BERSIH5, polis terus memanggil aktivis dan pemimpin pembangkang kerana penyertaan mereka dalam demonstrasi yang menyaksikan 40,000 orang membanjiri jalan-jalan di pusat bandar Kuala Lumpur.

Polis juga memanggil penganjur acara Vigil Bebas Maria yang diadakan bagi menggesa pembebasan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, yang ditangkap pada malam perhimpunan itu.

Antara yang terbaru dipanggil polis ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, yang memberi keterangan di ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pua dilaporkan disoal tentang ucapan yang dibuatnya di stesen LRT Bangsar semasa BERSIH5, serta peranannya dalam perhimpunan tersebut.

Menurut laporan media, Pua berkata, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, yang kini berada di luar negara, juga akan disoal tidak lama lagi mengenai penglibatan beliau dalam BERSIH5.

Pua berkata polis memaklumkan kepadanya bahawa lebih ramai individu akan dipanggil tidak lama lagi berhubung perkara itu, walaupun tidak memberikan nama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen