malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Peguam nafi Najib takut tampil beri keterangan di mahkamah
ADS

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun menafikan persepsi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut untuk tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Peguam Umno itu yang mewakili Najib dalam beberapa kes saman sivil, berkata mereka perlu menyelesaikan beberapa perkara berkaitan interlokutori terlebih dahulu.

"Seperti kes (Naib Presiden PKR) Rafizi Ramli, pelanggan saya bersedia untuk memberi keterangan untuk membersihkan namanya tahun depan apabila masa adalah sesuai.

"Cuma kita perlu memastikan perkara interlokutori diselesaikan dan kita telah menggunakan segala peluang," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes Najib lawan Harakah di Mahkamah Rayuan.

Hafarizam disoal berhubung persepsi bahawa perdana menteri takut hadir di mahkamah walaupun dirinya yang memfailkan saman fitnah terhadap beberapa individu.

Ketika ini, terdapat lima saman yang berterusan termasuk satu terhadap Rafizi, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, ahli parlimen DAP Tony Pua dan juga ke atas Harakah dan Malaysiakini.

Najib bagaimanapun menyelesaikan samannya terhadap seorang lagi ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, setelah pemimpin DAP itu menyatakan penyesalannya.

Sementara itu, Hafarizam juga menamakan saman yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ada kalanya, seperti kes bekas ketua pembangkang itu, ia mengambil masa sehingga lima tahun bagi Anwar untuk memberi keterangan di mahkamah, dengan peguamnya memfailkan permohonan demi permohonan.

Begitu juga, kata peguam itu, anak guamnya dan dirinya perlu memastikan perkara interlokutori diselesaikan dan segala peluang yang ada telah digunakan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen