malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Peluru 'Marina': Jamal tuduh Maria sandiwara
ADS

Diancam bunuh dan menerima peluru, tetapi ia tetap tidak diyakini Datuk Jamal Md Yunos sebagai ancaman terhadap keselamatan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Bagi Jamal, apa yang berlaku kepada Maria Chin hanyalah sandiwara untuk meraih simpati orang ramai terhadapnya.

"Itu hanyalah sandiwara, lakonan, untuk meraih simpati orang ramai terhadap beliau," kata Jamal kepada media ketika ditemui di PWTC di Kuala Lumpur hari ini.

Jamal berada di bangunan Ibu Pejabat Umno berkenaan sempena persidangan tahunan pemuda, wanita dan puteri parti berkenaan.

Perhimpinan agung ke-70 Umno dijadual bermula esok hingga 3 Disember ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan Maria Chin menemui sepucuk surat ugutan bersama sebutir peluru. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila surat itu tiba di kediaman berkenaan.

Bagaimanapun Maria Chin percaya surat itu dihantar sendiri ke rumahnya pada 18 November lalu, iaitu pada hari sama dia ditahan polis dan sehari sebelum himpunan BERSIH5 berlangsung.

Selain surat dan peluru, apa yang lebih menarik - dan lucu - ialah ugutan bertulis berkenaan ditujukan kepada "Marina dan keluarga" sedangkan nama pengerusi BERSIH itu ialah Maria.

Kata Jamal beliau yakin siasatan polis akan dapat mengesan siapakah dalang di sebalik surat ugutan dan peluru berkneaan.

Mengulas lanjut Jamal berkata Maria Chin terpaksa menggunakan taktik sedemikian selepas gagal menarik peserta dalam himpunan BERSIH5 pada 19 November lalu.

"Maria Chin hanyalah berpengaruh kepada pengikutnya sahaja dan untuk menutupi kegagalan itu, dia akan create isu supaya orang mempercayai beliau," katanya.

Lihat Komen