BERITA

Polis buru penyerang 'warga asing'

29 Nov 2016, 4:09 pagi

Dikemaskini 4 tahun lepas

A
+
A
-

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki berbaju BERSIH5 dalam video viral yang memaparkannya serangan terhadap seorang lelaki dipercayai warga asing.

“Kita tidak dapat kenal pasti di mana kejadian itu berlaku, siapa mangsa, (siapa) yang kena pukul.

“Jadi kalau mana-mana orang yang kenal orang itu, yang memukul pakai baju BERSIH Itu, beritahu kita,” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam siasatan mereka itu.

Dalam video 51 saat itu, seorang lelaki berbaju biru dan berseluar hitam memukul seorang lelaki dengan alat seperti sebatang kayu.

Sementara seorang lelaki berbaju BERSIH5 pula kelihatan melihatnya dalam sebuah bilik yang mempunyai sekeping tilam.

Mangsa yang tidak melawan kelihatan mengerang kesakitan dan merayu beberapa kali supaya tindakan itu dihentikan.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.