malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Malaysia tidak mampu bersendirian selesaikan krisis Rohingya
ADS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia sendirian tidak mampu untuk menamatkan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Sebaliknya, Presiden Umno itu berkata, krisis pencabulan hak asasi manusia itu hanya boleh ditamatkan dengan kerjasama masyarakat antarabangsa termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), ASEAN dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Ditanya mengenai campur tangan asing dalam urusan negara-negara Islam, Najib berkata ia amat merugikan umat Islam selain boleh menyebabkan konflik.

"Bila mereka campur tangan tentunya ada agenda tertentu sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tentu sekali mereka tidak faham keadaan dalam negara Islam," katanya pada program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung Umno 2016, di Putrajaya, semalam.

Selain itu, perdana menteri menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi dan berdaulat, rakyat perlu bebas dalam menentukan kepimpinan serta hala tuju sendiri dan bukannya sanggup dipengaruhi pihak asing.

Beliau berkata, mengikut laporan WikiLeaks dan DCLeaks, hartawan Amerika Syarikat George Soros melalui Open Society Foundation telah memberi dana kepada kumpulan tertentu untuk melakukan kekacauan seperti 'The Orange Revolution' di Ukraine dan Arab Spring di negara Timur Tengah.

"Kumpulan-kumpulan tertentu telah akui menerima dana daripada Open Society Foundation. Jadi, soalnya memang ada campur tangan asing dalam urusan negara kita," katanya.

- Bernama

Lihat Komen