malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
10 bangkai ayam 'sertai' himpunan sokong Maria Chin
ADS

Himpunan solidariti untuk Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah malam ini dikejutkan dengan taburan beberapa bangkai ayam yang secara misteri 'menyertai' orang ramai di Dataran Merdeka.

BERSIH mengutuk perbuatan tersebut yang dipercayai untuk mensabotaj acara berkenaan.

Sekitar 500 peserta berkumpul pada malam ini di Jalan Raja berhampiran Dataran Merdeka - sama seperti malam-malam sebelum ini.

Bagaimanapun kehadiran bau busuk yang cukup kuat menjadikan malam ini berbeza daripada biasa.

Salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Liew menemui beberapa bangkai ayam yang diletakkan di tepi pagar di sisi jalan raya lalu mengutipnya dengan beg plastik sebelum membuangnya.

"Sekurang-kurangnya 10 bangkai ayam dengan badan yang remuk sepertu dipukul.

"Ia berbau seperti najis, menjijikkan.

"Ini jelas satu tindakan sabotaj atau tidak mungkin dibuang dengan cara yang 'kemas'," kata Liew yang memakai baju kuning BERSIH5 kepada Malaysiakini.

Selepas Liew membuang bangkai-bangkai ayam tersebut, sesetengah peserta menyembur racun nyamuk bagi menghapuskan bau busuk berkenaan.

Pengurus Sekretariat BERSIH, Mandeep Singh berkata, tindakan sabotaj seperti itu bukan perkara yang baru sebaliknya taktik lama.

"Ini taktik lama tetapi dengan cara yang berbeza, dan kami pasti ia adalah cubaan mensabotaj.

"Mengapa perlu diletakkan bangkai ayam di sini kerana terdapat tong sampah di tempat lain," kata Mandeep ketika ditemui wartawan.

Lihat Komen