malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Ribuan berbaju merah demo untuk perpaduan Indonesia
Diterbitkan:  Nov 19, 2016 6:43 PM
Dikemaskini: 10:45 AM
ADS

Ribuan rakyat Indonesia menghadiri perhimpunan aman hari ini untuk untuk mempromosikan perpaduan di negara itu.

Ia dianjurkan susulan kebimbangan terhadap kemerosotan tolak ansur kaum dan agama di negara umat Islam terbesar itu, lapor Reuters.

Berbaju merah dan putih sempena warna bendera republik itu, aktivis hak asasi manusia dan anggota parlimen berarak sepanjang jalan-jalan di Jakarta Pusat.

Sesetengah mereka membawa poster dengan motto negara itu "Bhinneka tunggal ika", yang bermaksud perpaduan dalam kepelbagaian.

“Kita mesti pisahkan politik daripada perkauman, agama dan bangsa,” kata Iwan Saputra, 25.

“Saya harap Indonesia tetap bersatu.”

Perhimpunan itu dilihat sebagai reaksi terhadap demonstrasi mengutuk gabenor Jakarta Basuki Purnama Purnama atau Ahok awal bulan ini yang didakwa menghina Islam.

Lihat Komen