malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gerakan minta DAP tidak salahkan bekas KM kerana banjir
Diterbitkan:  Nov 16, 2016 4:18 PM
Dikemaskini: 8:27 AM
ADS

Exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow dibidas kerana mengheret nama bekas ketua menteri Pulau Pinang di bawah Gerakan, Dr Lim Chong Eu dalam isu banjir yang melanda negeri itu.

Penyelaras Gerakan Pulau Pinang di Padang Kota, H'ng Khoon Leng berkata adalah mengecewakan apabila Chong bertindak angkuh dengan mengheret nama tokoh Pulau Pinang itu dalam perkara tersebut.

H'ng berkata Chow selaku exco bertanggungjawab bagi tebatan banjir harus menyedari projek berkenaan dimulakan oleh kerajaan BN.

"Projek-projek tebatan banjir besar pada masa ini sedang diselenggara dan dinaik taraf oleh kerajaan negeri sekarang," katanya.

H'ng merujuk kepada kenyataan Chow pada 14 November berhubung projek tebatan banjir di Transfer Road.

Chow dilaporkan berkata, "Ia tidak diselesaikan, walaupun ia di bawah kawasan Ketua Menteri ketika itu (Dr Lim Chong Eu) dan ia masih tidak diselesaikan apabila ia bawah kawasan (ketua BN negeri) Teng Chang Yeow."

Di sebalik memberi tumpuan kepada keadaan banjir sekarang, Chow berkata 'bakal ketua menteri Pulau Pinang' itu mengalihkan masalah banjir di Pulau Pinang berpunca akibat projek tebatan banjir.

Chow sebelum ini dinamakan sebagai pengganti Lim Guan Eng jika ketua menteri itu gagal membela diri terhadap pertuduhan rasuah berkaitan pembelian sebuah rumah banglo dua tingkat di bawah harga pasaran.

"Adalah diharapkan Chow akan mengubah gaya kerajaan DAP yang hanya menyalahkan orang lain untuk mendapatkan pujian," kata H'ng.

BN terus mengkritik Lim kerana menyalahkan kerajaan sebelum ini yang diketuai Gerakan kerana dasar-dasar negeri yang gagal, tetapi menuntut pujian bagi dirinya jika ia berjaya.

Lihat Komen