malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri: Kejatuhan ringgit punca peningkatan kos ECRL
ADS

Peningkatan RM26 bilion bagi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion adalah sebahagiannya disebabkan oleh kejatuhan ringgit, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata perangkaan yang dipetik dalam kajian kebolehlaksanaan projek itu berdasarkan kadar pertukaran 2009-2010.

"Ketika itu dolar hanya pada RM3.2, sekarang RM4.2 dan meningkat kepada RM4.5," kata Liow ketika menerangkan peningkatan kos bahan-bahan pembinaan.

Kajian kajian kebolehlaksanaan projek ECRL itu dilakukan oleh HSS Integrated. Syarikat itu diberi tugas membuat kajian pada tahun 2009, dan ini diselesaikan pada Disember 2015.

Selain kejatuhan mata wang, Liow berkata kajian itu tidak mengambil kira jajaran landasan yang lebih panjang, yang meningkat daripada 545km kepada 600km.

Menurutnya, pembinaan terowong melalui banjaran Titiwangsa juga telah meningkat daripada 30km hingga 50km.

Oleh itu, beliau berkata, ahli parlimen tidak seharusnya membandingkan projek itu secara langsung.

 

Lihat Komen