malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gempa New Zealand: Semua 1,200 pelajar M'sia selamat
Diterbitkan:  Nov 14, 2016 11:34 AM
Dikemaskini: 3:40 AM
ADS

Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengesahkan bahawa kesemua 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan buah Universiti di Christchurch, New Zealand yang dilanda gempa bumi selamat.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan universiti tersebut.

"Mereka dihubungi selepas kejadian dan mendapati kesemua berada dalam keadaan selamat," kata Idris, memetik laporan Bernama.

Education Malaysia di New Zealand telah menasihati pelajar-pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand, jelasnya.

Semalam, satu gempa bumi kuat pada magnitud 7.8 melanda Pulau Selatan New Zealand, mengorbankan sekurang-kurangnya dua nyawa.

Susulan kejadian, pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran ancaman tsunami dan setiap orang di pantai timur negara itu diarahkan menuju ke kawasan dalam atau tanah tinggi pulau berkenaan.

Lihat Komen