malaysiakini logo
story-image
ADS

Seorang peguam untuk Datuk Seri Najib Razak membuat kemunculan mengejut dalam permohonan ex-parte bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim ke atas Ambank Islamic Bank.

Peguam itu, Rishwant Singh, hadir di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur S Nantha Balan dan memberitahu beliau bertindak mewakili perdana menteri bersama peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham.

Peguam memberitahu hakim, mereka perlukan dokumen sokongan untuk permohonan Zaid itu kerana ia berkaitan dengan saman bekas menteri terbabit dalam satu lagi samannya terhadap Najib, 1MDB, kerajaan dan anak tiri perdana menteri - Riza Aziz.

Dalam permohonannya Zaid meminta perintah mahkamah supaya bank terbabit mendedahkan salinan sumber dana - dikatakan bernilai AS$731 juta - yang dimasukkan ke lima akaun dimiliki Najib.

Akaun terbabit ialah yang menggunakan nombor 211-202-200969-4, 211-202-201188-0, 211-202-201190-6, 211-202-200989-8, 211-202-201189-8.

Zaid memfailkan saman ex-parte bagi pihak pembayar cukai dan orang ramai pada 21 Oktober lalu dengan menamakan Ambank Islamic sebagai satu-satunya responden.

Dalam perbicaraan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta itu Zaid diwakili Americk Sidhu dan Nizam Bashir.

[Baca berita lanjut]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen