malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis Indonesia lagukan Asma ul-Husna berdepan demo
Diterbitkan:  Nov 4, 2016 2:42 PM
Dikemaskini: 6:45 AM
ADS

GLOBAL Polis Indonesia yang berdepan barisan peserta demonstrasi di Istana Merdeka, Jakarta hari ini menadah tangan sambil mengalunkan zikir Asma ul-Husna.

Sambil memejamkan mata, anggota polis kelihatan khusyuk mengalunkan kalimat zikir tersebut dan sebahagian mereka menundukkan kepala, lapor Kompas.

Bacaan itu berjaya menenteramkan keadaan dan penunjuk perasaan hanya menyambung ucapan mereka selepas itu.

"Alhamdulillah kita dihadapkan dengan alunan ayat suci. Semoga polis sedar mana yang salah, mana yang benar," teriak penunjuk perasaan.

“Demo 4 November” itu berlangsung di sekitar Kompleks Istana Presiden di Jakarta bagi menuntut hukuman terhadap Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, yang dituduh melakukan penghinaan agama.

Pihak polis turut beristighfar ketika menjalankan tugas mengawal acara itu.

Lihat Komen