malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
753,000 peminjam PTPTN tak pernah bayar satu sen pun
Diterbitkan:  Oct 31, 2016 2:04 PM
Dikemaskini: 6:12 AM
ADS

Sejumlah 753,058 bekas pelajar yang mengambil pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik berjumlah RM5.191 bilion kepada perbadanan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang bertanya berapa ramai peminjam yang tidak pernah membayar pinjaman kepada PTPTN.

Idris berkata setakat 31 Ogos tahun ini, seramai 1,917,033 pelajar telah menamatkan pengajian mereka melibatkan amaun yang patut dikutip sebanyak RM18.311 bilion.

"Daripada jumlah tersebut seramai 1,163,975 peminjam telah membuat bayaran balik dengan jumlah kutipan terkumpul sebanyak RM9,600.54 juta.

"Bagaimanapun daripada jumlah keseluruhan yang patut dikutip tersebut, sebanyak RM8,710.48 juta masih tertunggak dan belum dapat dikutip.

"Daripada jumlah tunggakan berkenaan, sebanyak RM5,191.71 juta adalah tunggakan daripada seramai 753,058 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik, manakala RM3,518.78 juta lagi adalah tunggakan daripada peminjam yang sedang membuat bayaran balik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen