malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Irwan Serigar tak beritahu kebenaran amaran ‘bom jangka’ - Pua
Diterbitkan:  Oct 26, 2016 11:46 AM
Dikemaskini: 3:49 AM
ADS

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah tidak memberitahu kebenaran keseluruhan apabila menolak dakwaannya bahawa perbadanan awam bukan kewangan (NFPC) adalah ‘bom jangka’ untuk bajet Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Pua memetik jawapan Irwan berhubung amarannya sebelum itu, yang dikeluarkan sebagai reaksi kepada Bajet 2017 Jumaat lalu, yang ‘bom jangka’ tersembunyi di dalaman Laporan Ekonomi.

"Mengapa Tan Sri Irwan Serigar tidak menyatakan hakikat bahawa hutang RM13 bilion Prasarana dan perbelanjaannya yang semakin meningkat serta ia memerlukan geran tahunan kerajaan untuk memastikan syarikat itu terus bertahan?

"Mengapa dia tidak menyatakan bahawa MRT Co sedang melaksanakan pelaburan RM22 bilion bagi laluan Sg Buloh-Kajang sekarang dan merancang satu pinjaman RM26 bilion bagi laluan MRT II, yang dibiayai hampir keseluruhannya melalui pinjaman yang tidak mungkin dapat dibayar balik tanpa sokongan masa depan kerajaan?" soal Pua.

Irwan, antara lain, berkata GLC seperti Petronas dan Khazanah membuat pelaburan besar dan terdapat juga entiti membuat keuntungan seperti Tenaga Nasional dan Telekom, selain Rapid Transit Massa (MRT) dan projek sambungan Transit Aliran Ringan (LRT).

Merujuk kepada senarai 29 NFPC yang dipetik oleh Irwan, Pua berkata ketua setiausaha itu "amat tidak jujur" dengan memetik hanya syarikat senarai awam besar sebagai contoh.

"Daripada senarai 29 syarikat, terdapat juga syarikat lain yang secara umumnya diuruskan dengan baik dan tidak mempunyai masalah memenuhi obligasi kewangan mereka, seperti Axiata dan Petronas.

"Walau bagaimanapun, terdapat banyak entiti lain di kalangan 29 syarikat berkenaan yang tidak lain menjadi perantaraan untuk perbelanjaan kerajaan, yang kemungkinan besar tidak akan mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar balik obligasi pinjaman mereka," kata Pua.

Katanya, daripada senarai 29 NFPC, kerajaan juga meninggalkan beberapa syarikat lain miliknya.

"Senarai ini termasuk PFI Sdn Bhd, yang mengambil pinjaman RM30 bilion daripada KWSP untuk menjalankan kerja-kerja infrastruktur awam, Pembinaan BLT dengan hutang RM10 bilion untuk membina balai polis di seluruh negara, dan sudah tentu syarikat yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini seperti 1MDB dan SRC International," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen