malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
DAP: Pembangkang keluar dewan kerana kecaman PM
Diterbitkan:  Oct 22, 2016 7:06 PM
Dikemaskini: 11:17 AM
ADS

Pembangkang keluar dewan semasa ucapan belanjawan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mereka dihentam dan dihina, kata seorang ahli parlimen DAP.

MP Kluang Liew Chin Tong berkata, mereka duduk hampir dua jam ketika ucapan bajet di mana Najib menyalahkan pembangkang kerana dakwaan ekonomi negara yang teruk.

"Beliau menuduh pembangkang kerana sandiwara dan dakwaan palsu bahawa ekonomi berada dalam keadaan tenat, dan dia bertanya siapa pengkhianat.

"Sebelum itu, Najib telah menghentam anggota pembangkang di awal ucapannya.

"Menghina pembangkang kepada penonton televisyen hanya permainan beliau (semasa ucapan bajet).

"Kami membuat keputusan cukup setakat itu," kata Liew dalam ucapannya semalam.

Salinan ucapan beliau dihantar kepada media hari ini.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata ucapan belanjawan tahunan sepatutnya ditujukan kepada ahli parlimen di dewan namun mendakwa Najib telah menukarkannya menjadi sebuah tontonan televisyen yang penuh dengan jenaka dan penghinaan.

Namun, katanya hanya sedikit penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

"Pembangkang keluar kerana perdana menteri menjadikan Malaysia sebuah kleptokrasi global dan juga menteri kewangan yang ucapan bajetnya tiada apa-apa inspirasi untuk ditawarkan kecuali hentaman terhadap pembangkang," kata Liew.

Terdahulu, Najib mengecam protes berkenaan dan menuduh pembangkang membelakangkan kebajikan rakyat apabila bertindak keluar dari parlimen.

Lihat Komen