malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Adakah Bajet 2017 tunjukkan PRU tahun depan?
Diterbitkan:  Oct 22, 2016 5:08 PM
Dikemaskini: 9:14 AM
ADS

Dengan pengumuman Bajet 2017, terdapat banyak spekulasi bahawa ia akan menjadi belanjawan pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada akhir ucapan beliau di parlimen semalam juga menggambarkan perkara itu.

"Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari.

"Insya-Allah dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akan membawa pula kemenangan besar di Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada kerajaan Barisan Nasional, Insya-Allah," katanya.

Dalam Bajet 2013, Najib juga membuat rujukan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tetapi ia harus diperhatikan bahawa 2013 juga merupakan tarikh akhir untuk pilihan raya umum. Manakala pilihan raya umum akan datang mesti diadakan sebelum Jun 2018.

Ketika ucapan Najib menambah kepada gembar-gembur pilihan raya umum tahun depan, peruntukan yang disediakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menunjukkan sebaliknya.

Di bawah Bajet 2017, SPR akan menerima peruntukan sebanyak RM48.6 juta.

Sebagai perbandingan, SPR diperuntukkan RM150.6 juta di bawah Bajet 2016 dan jumlah itu hanya untuk menjalankan pilihan raya negeri Sarawak.

Bagi PRU ke-13, RM461.1 juta diperuntukkan kepada SPR di bawah Bajet 2013.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen