malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
8 makanan Melayu yang tak patut dapat sijil halal
Diterbitkan:  Oct 20, 2016 12:40 PM
Dikemaskini: 6:14 AM
ADS

SATIRA Saya benar-benar jengkel apabila mendapati saya telah termakan makanan tiada sijil halal Auntie's Anne.

Langsung tidak saya ketahui bahawa pretzel dog sebenarnya mengandungi anjing. Sekarang, saya hanya boleh berserah kepada keredaan Allah.

Saya juga secara tidak sedar memakan anjing dan minum bir untuk lebih sedekad di restoran segera kegemaran saya - A&W. Saya berkunjung ke restoran itu sejak kecil lagi.

Saya rasa ibu bapa saya juga telah tertipu terlalu selama ini.

Oleh itu, saya ingin menarik perhatian pihak berkuasa terhadap beberapa hidangan di Malaysia.

1. Kuih puteri mandi

Ini adalah kuih pantai timur tradisional dari Terengganu. Saya rasa kuih ini perlu diisytiharkan tidak halal kerana salah untuk makan manusia lain, apatah lagi jika ini membabitkan kerabat diraja.

2. Kuih tahi itik

Kuih ini berasal dari Kelantan dan dari nama itu sendiri, ia adalah sangat jelas bahawa ia adalah najis itik. Dalam Islam, atau mana-mana agama lain, tahi adalah 'najis'. Oleh itu, kuih ini perlu segera diisytiharkan tidak halal.

3. Kuih badak berendam

Satu lagi kuih dari Kelantan. Saya sebenarnya tidak pasti jika badak air sebenarnya halal atau tidak boleh dimakan. Jadi jangan tanya terlalu banyak soalan. Jadikannya tidak halal.

4. Nasi beriani gam

Kita telah melihat banyak pengumuman khidmat awam di televisyen yang memberitahu betapa bahayanya menghidu gam. Ia dianggap penyalahgunaan dadah. Jadi, jika ini adalah bahan yang digunakan dalam masakan popular Johor ini, saya kata ia tidak halal.

5. Laksa Johor

Laksa Johor mungkin kelihatan seperti hidangan yang tidak berbahaya. Tetapi tahukah anda bahawa bahan utamanya adalah spageti? Ya, spageti Itali! Majoriti orang Itali beragama Kristian. Itu sahaja menjadikannya tidak halal!

6. Pulut kukus periuk kera

Ini adalah hidangan unik dari Sarawak. Tetapi, makan monyet (atau lebih khusus, kera) tidak pernah menjadi halal setakat yang saya tahu. Ia adalah haiwan yang mempunyai gigi yang tajam atau taring yang digunakan untuk membunuh dan memakan haiwan kecil.

7. Kuih mangkuk

Hidangan ini berasal dari Negeri Sembilan dan saya benar-benar ragu jika ia boleh dimakan.

Bagaimana kita boleh makan mangkuk? Adakah ia diperbuat daripada tanah liat, kaca, seramik, styrofoam atau melamin? Ini tidak sepatutnya halal.

8. Kuih Bugis mandi

Ini adalah kuih tradisional dari Selangor. Ini harus menjadi tidak halal berdasarkan fakta yang sama seperti kuih pertama dalam senarai saya. Makan manusia tidak dibenarkan oleh mana-mana agama.
 


ZAN AZLEE adalah seorang penulis, pembikin filem, dokumentari, wartawan dan ahli akademik. Lawati FATBIDIN.COM untuk melihat kerjanya.


Nota pengarang: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menjelaskan mereka tidak pernah menyebut hot dog Untie's Anne sebagai tidak halal. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir pula menjelaskan tidak timbul isu mengharamkan makanan semata-mata kerana namanya.

Lihat Komen