malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Apa yang subjudis, soal bekas hakim mahkamah rayuan
ADS

Menteri tidak boleh dihalang daripada menjawab soalan di Parlimen mengenai saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB atas alasan subjudis.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata demikian ketika mengulas keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat semalam.

Mohd Hishamudin, yang bersara pada September tahun lalu, berkata soal subudis tidak timbul sama sekali.

"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Pandikar semalam menegaskan bahawa menteri tidak perlu menjawab soalan yang dikemukakan mengenai saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu.

Saman itu adalah berhubung dengan apa yang digambarkan oleh DOJ sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, yang membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.

"Rakyat Malaysia telah ditipu pada skala sangat besar (dalam) satu skim di hampir di seluruh dunia," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan DOJ tidak melibatkan dirinya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen