malaysiakini logo
story-image
ADS

Soalan mengenai saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang berkaitan dakwaan penyelewengan dana 1MDB tidak perlu dijawab di Parlimen, kata Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

"Ia adalah satu perkara yang masih dibincangkan di mahkamah...justeru, ia adalah subjudis...menteri tidak perlu menjawab soalan-soalan itu," Pandikar memberitahu persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, ia adalah untuk mengelakkan keadaan yang menampakkan seorang menteri mengambil alih peranan speaker.

Pandikar merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal Parlimen, Datuk SeriAzalina Othman Said yang sebelum ini enggan menjawab soalan mengenai 1MDB dengan berkata ia subjudis walaupun sebelum Pandikar membuat keputusan mengenai perkara ini.

Azalina adalah seorang peguam dan dalam kapasitinya sebagai menteri bertanggungjawap menjaga Parlimen, beliau sering-kali menggunakan hujah-hujah undang-undang ketika menjalankan tugasnya.

Ini termasuk menggunakan pembelaan subjudis apabila menolak soalan pembangkang mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion yang berada di akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen