malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Liow: MCA jamin RUU Hadi tidak akan dibahaskan
ADS

MCA hari ini berkata pihaknya akan memastikan rang undang-undang (RUU) ahli persendirian Anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta 355 tidak akan dibahaskan di Parlimen walaupun telah disenaraikan sebagai perkara keempat dalam kertas aturan mesyuarat.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, bagaimanapun, tidak mendedahkan sama ada sebarang langkah melambatkan 'RUU Hudud' itu adalah keputusan konsensus 13 parti komponen BN seperti yang diputuskan pada yang mesyuarat pra-majlis semalam.

"Ia adalah sangat jelas bahawa BN membuat keputusan konsensus RUU undang-undang kerajaan akan mendahului RUU persendirian.

"Kami akan memastikan RUU tersebut tidak akan dapat dibahaskan kerana kita tahu RUU kerajaan mesti didahulukan di Parlimen," ujar beliau kepada pemberita di Wisma MCA, Kuala Lumpur selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Wanita MCA Selangor.

Beliau juga menegaskan MCA telah banyak kali mengulangi pendirian dalam menentang cadangan pindaan Abdul Hadi untuk memperkasakan perundangan Syariah pada masa lalu.

"Kami (MCA) membantah sekeras-kerasnya mengenai RUU ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini adalah sangat jelas."

"Pada masa yang sama, BN juga menyatakan bantahan kepadanya. Saya bangkitkan isu ini pada mesyuarat BN," katanya.

Usul Abdul Hadi bertujuan untuk mengemukakan RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Akta yang membenarkan tahap hukuman yang lebih tinggi berbanding keadaan semasa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen