malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Arul Kanda: Saya ibarat seorang mekanik
Diterbitkan:  Oct 12, 2016 12:06 PM
Dikemaskini: 6:14 AM
ADS

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengibaratkan dirinya sebagai seorang mekanik yang cuba untuk 'memperbaiki' syarikat pelaburan negara itu dengan berkata, bahawa masalah sudahpun bermula sebelum beliau mengambil-alih.

Beliau berkata demikian sebanyak dua kali semasa sesi townhall di Universiti Malaya bersama pelajar semalam - sekali semasa ucapannya dan sekali lagi semasa sesi soal jawab.

Arul Kanda telah disoal seorang pelajar mengapa beliau masih bersama 1MDB, memandangkan para pengarah dan ketua pegawai eksekutif sesebuah syarikat lazimnya akan dipecat jika masalah seumpama itu berlaku.

"Kenapa saya masih di sini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya seorang mekanik. Saya mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian.

"Saya mempunyai kepakaran dalam undang-undang, kewangan dan penyusunan semula syarikat. Sekurang-kurangnya saya tampil untuk membantu," kata Arul Kanda.

Rakaman video acara itu dimuat naik oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaysia (Umany).

Malaysiakini juga memperolehi rakaman suara acara itu, walaupun penganjur menasihatkan para peserta supaya tidak membuat sebarang rakaman.

Mengulas lanjut, Arul Kanda berkata, 1MDB kini dalam kedudukan yang stabil kerana tidak lagi mempunyai sebarang hutang jangka pendek atau pinjaman bank, dan mempunyai tunai AS$2 bilion selepas menjual Edra Global Energy Bhd.

Beliau juga menafikan dakwaan bahawa Edra dijual pada kerugian dan akan mengkompromikan kepentingan negara kerana dijual kepada sebuah syarikat milik negara China.

Arul berkata, tiada apa yang salah dengan mempunyai kepentingan asing dalam syarikat bekalan kuasa tempatan selagi ia dikawal selia dengan baik, dan ini juga dilakukan di negara-negara seperti di Singapura dan United Kingdom.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen