malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pukul polis, penghantar surat didenda RM1300
ADS

Seorang penghantar surat didenda RM1,300 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, selepas mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan cedera ke atas seorang anggota
polis menggunakan tangan dan kaki, tiga hari lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhi hukuman tersebut terhadap R.

Elango Naidu, 26, yang melakukan kesalahan itu di persimpangan Balai Polis Traves, Kuala Lumpur, pada 11.17 malam, 8 Oktober lepas.

Elango Naidu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala peguam Luqman Hakim Azhar yang mewakili tertuduh merayu denda yang minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf.

Di mahkamah sama, seorang penjual nasi lemak didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan memecahkan cermin penumpang belakang pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vios di tempat letak kereta Zon B, Bangunan Setapak Sentral, Setapak, Kuala Lumpur pada 9.30 malam, 7 Oktober lepas.

Ahmad Solihin menjatuhi hukuman itu ke atas Mohd Zaini Ariffin, 42, kerana didakwa melakukan khianat terhadap kereta milik Khairul Anuar Ali, 34, yang menyebabkan kerugian RM300.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. -Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen