malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Presiden PAS keluar hospital pagi ini
Diterbitkan:  Oct 6, 2016 12:33 PM
Dikemaskini: 4:35 AM
ADS

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dibenarkan keluar wad hari ini.

Perkara itu dimaklumkan setiausaha akhbarnya dalam kenyataan ringkas yang disiarkan di akhbar web parti itu Harakahdaily.

“Alhamdulillah, Tuan Guru presiden (Hadi) yang kita kasihi telah dapat keluar dari wad hospital pada pagi ini Khamis 6 Oktober 2016.

“Pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan berpanjangan buat Tuan Guru supaya dapat terus memimpin ummah,” katanya.

Semalam Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata keadaan Hadi bertambah baik.

Katanya, Hadi agak kepenatan dengan jadual yang agak padat mutakhir ini

Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Setiausaha sulit anggota parlimen Marang, Zaihan Mohd Daud berkata Hadi dimasukkan ke IJN untuk rawatan susulan biasa yang dijadualkan sebelum ini tertangguh disebabkan jadualnya yang padat.

Katanya, Hadi berehat dan mendapatkan rawatan rutin di sana (IJN) kerana dua kali temu janji tertunda dan keletihan.

Hadi yang biasanya menyampaikan kuliah mingguannya setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang hanya memberi ceramah kira-kira satu jam sebelum itu berbanding kebiasaan dua jam.

Lihat Komen