malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Skim cepat kaya digunakan tutup skandal tunai SRC'
Diterbitkan:  Oct 5, 2016 5:58 PM
Dikemaskini: 10:29 AM
ADS

Peguam Negara Pejabat (OAG) Switzerland berkata, siasatan pihaknya mendapati sejumlah besar wang yang didakwa disalahgunakan oleh bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan penipuan dilakukan berdasarkan skim cepat kaya ala 'Ponzi' untuk tujuan mengaburi mata pihak yang berkenaan.

"Dalam menganalisis bukti yang diperolehi, OAG mengenal pasti selanjutnya urus niaga suspek melibatkan sektor kewangan Swiss. Pertama, sejumlah AS$800 juta didapati telah disalahgunakan daripada pelaburan dalam sumber asli yang dibuat oleh SRC.

"Kedua, adalah disyaki skim penipuan 'Ponzi' (membayar pulangan daripada pelaburan awal daripada dana yang diperoleh daripada pelabur berikutnya dan bukan daripada hasil sah daripada pelaburan) telah dilakukan untuk menyembunyikan penyelewengan dari kedua-dua dana, SRC dan 1MDB," tambah OAG itu dalam kenyataan.

Pihak berkuasa Swiss berkata, penyelewengan yang disyaki itu dari 1MDB adalah subjek tuntutan pertama OAG untuk bantuan undang-undang bersama pihak berkuasa Malaysia.

"Oleh itu, tujuan tuntutan terbaru OAG adalah mendapatkan keterangan selanjutnya bagi sokongan mengenai penemuan terbaru, sebagai tambahan kepada bantuan yang diminta dalam permintaan awal OAG ini Januari 2016 yang masih belum selesai," jelasnya.

Skim Ponzi adalah operasi penipuan pelaburan dengan pengendali, individu atau organisasi membayar pulangan kepada pelabur dari dana baru yang dibayar kepada pengendali oleh pelabur baru dan bukannya dari keuntungan yang diperolehi melalui sumber yang sah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen