malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemuda DAP tuntut ADUN Likas letak jawatan
Diterbitkan:  Oct 2, 2016 8:22 PM
Dikemaskini: 12:29 PM
ADS

Pemuda DAP menuntut ADUN Likas Junz Wong meletak jawatan selepas keluar dari parti itu dan memihak kepada parti berasaskan Sabah.

"Kerusi Likas dimenangi di bawah logo DAP dan ia adalah tanggungjawab Wong melepaskan kerusi itu sebagai satu prinsip DAP yang beliau percaya dan pertahan selama ini.

"Tidak ada sebab atau alasan untuk mewajarkannya memegang kerusi itu," kata Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan petang ini.

Kah Woh yang juga ADUN Canning berkata mana-mana partu yang bercita-cita untuk menjatuhkan BN juga perlu ikhlas dalam perjuangan mereka.

"Mereka tidak boleh menerima pengkhianat daripada parti yang berada dalam perjuangan yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt mengutuk tindakan Wong bersama pemimpin DAP lain dan menyifatkannya sebagai perbuatan "katak lompat".

"Mereka akan membayar harga yang menyakitkan bagi keangkuhan dan kesilapan mereka. Mereka telah mengkhianati pengundi yang mengundi DAP pada pilihan raya umum lalu.

"Tidak kira apa sebabnya, mereka tidak akan dapat menjustifikasikan pengkhianatan mereka, dan mereka juga tidak dapat lari daripada soalan rakyat atau merasionalkan sikap 'katak melompat' mereka," katanya.

Wong hari ini mengumumkan keluar DAP untuk menyertai sebuah parti tempatan di Sabah.

Keputusan itu dibuat bersama Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin dan ADUN Moyog dari PKR, Terrence Siambun.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen