malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Syarikat Azizan Osman ambil serius penafian UM
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 9:59 PM
Dikemaskini: 2:05 PM
ADS

Richworks International Sdn Bhd memohon penjelasan lanjut Universiti Malaysia (UM) susulan penafian institut pendidikan itu bahwa penceramah motivasinya Azizan Osman tidak pernah dianugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan.

“Merujuk kepada kenyataan akhbar dari Universiti Malaya, kami ingin memaklumkan bahawa kami mengambil perkara ini secara serius.

“Kami juga telah memohon untuk penjelasan lanjut dan sebaik sahaja proses ini berakhir, kami akan memaklumkan secara umum,” menurut kenyataan Richworks sebentar tadi.

Susulan perbincangan hangat di media sosial, UM hari ini menegaskan tidak pernah menganugerahkan gelaran ijazah kehormat doktor keusahawanan kepada Azizan.

Universiti itu berharap penjelasan diberikan dalam menjawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat.

Dalam laman web syarikatnya, Azizah diperkenal sebagai pemilik “PhD (Hon) Entrepreneurship (UM)”.

Richworks turut berkata pihaknya kesal atas kesulitan yang mungkin berlaku dan menegaskan mereka akan tetap komited “memberikan nilai yang tertinggi kepada pelanggan dan rakan sekutu kami”.

“Kami sangat menghargai kesetiaan dan sokongan mereka dan kami akan menangani perkara ini dengan sebaik mungkin,” menurut kenyataan itu lagi.

Azizan turut terkenal sebagai usahawan dan penulis.

Malah, beliau dikatakan pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai penganjur seminar motivasi terbesar di Malaysia.


UM tak beri ijazah kehormat pada Azizan Osman

Lihat Komen