malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Rahman: Nilai pemimpin kerana keyakinan, bukan sebutannya
Diterbitkan:  Sep 28, 2016 6:19 PM
Dikemaskini: 10:29 AM
ADS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata mesej yang disampaikan seseorang pemimpin adalah lebih penting berbanding kefasihan berbahasa.

Rahman, yang kini berada di Algeria bagi menghadiri persidangan minyak dan gas berkata terdapat ramai pemimpin dunia hadir di sana, termasuk daripada pengeluar minyak negara-negara Arab.

"(Mereka) jenis pemimpin Arab yang boleh menjejaskan kehidupan anda dengan keputusan mereka.

"Walaupun berbahasa Inggeris dengan loghat Arab pekat, apabila mereka berkata-kata, orang memberi tumpuan kepada mesej mereka, bukan artikulasi atau sebutan mereka.

"Kedudukan seorang pemimpin tidak diadili oleh artikulasi atau sebutan, tetapi dengan keyakinan dan pengisytiharan beliau," kata Rahman di laman Facebook beliau.

Kenyataan itu dibuat dua hari selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap di perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ucapan Zahid menjadi subjek ejekan di media sosial kerana dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris.

Anggota jawatankuasa protem BERSATU Syed Saddiq Abdul Rahman semalam berkata beliau kecewa dengan mereka yang memperkecil-kecilkan usaha Zahid berucap dalam bahasa Inggeris, meskipun Zahid mempunyai pilihan untuk bercakap dalam bahasa Melayu.

Beliau juga menyalahkan sikap seperti itu mewujudkan persekitaran yang tidak menggalakkan di sekolah-sekolah untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Lihat Komen