malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Laporan MH17 keluar, tapi mungkin tiada pihak didakwa
Diterbitkan:  Sep 28, 2016 2:18 PM
Dikemaskini: 7:05 AM
ADS

Pasukan pendakwa antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat Malaysia di timur Ukraine pada tahun 2014 akan melaporkan penemuannya hari ini tetapi mungkin tidak akan membuat pertuduhan terhadap mana-mana pihak memandangkan halangan undang-undang dan politik.

Penerbangan Malaysia Airlines MH17 jatuh ditembak dengan peluru berpandu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur mengakibatkan 298 penumpang yang majoritinya warga Belanda dan anak kapal terkorban.

Pada masa kejadian itu, tentera kerajaan Ukraine terlibat dalam pertempuran sengit dengan kumpulan pemisah pro-Rusia.

Pesawat Boeing 777 itu meletup di udara dan bangkai pesawat ditemui beberapa kilometer dari wilayah yang dikuasai pemberontak, lapor Reuters.

Kejadian itu memainkan peranan penting dalam keputusan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan ke atas Rusia berhubung konflik di Ukraine, dan menyaksikan ketegangan Timur-Barat meningkat sejak Perang Dingin berakhir pada tahun 1990.

Pasukan pendakwa dari Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine merancang mengadakan sidang akhbar untuk menyampaikan kesimpulan 'berkaitan dengan senjata yang digunakan untuk menembak jatuh Penerbangan MH17 dan lokasi tepat senjata itu dilancarkan, kata kenyataan kumpulan berkenaan.

Pegawai Ukraine dan negara barat yang dipetik daripada pintasan risikan menyalahkan pemberontak pro-Rusia dalam kejadian itu.

Rusia pula sebaliknya sentiasa menafikan penglibatan langsung dalam konflik Ukraine dan menolak bertanggungjawab dalam tragedi MH17.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen