malaysiakini logo
ADS
story-image
ADS

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu tidak bimbang dengan kewujudan parti baru di bawah pimpinan bekas naib presidennya Datuk Seri Shafie Apdal.

Malah, Tengku Adnan turut percaya bahawa Umno Sabah dapat menyelesaikan isu yang melanda negeri berkenaan.

"Biarlah dia (Shafie) dengan parti dia. Saya percaya Umno negeri tahu macam mana nak jalankan kerja dengan baik dan tahu nak selesaikan masalah Sabah.

"Ini nasib Umno dari 1955 sehingga sekarang. Kita lalui badai, ranjau ini dan akan dapat atasinya.

"Parti Shafie kita tak bimbang, Pribumi (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) pun tak bimbang. Lagi banyak parti lagi bagus, senang kita," kata Tengku Adnan sambil ketawa.

ADS

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi BN di PWTC hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, Shafie yang juga anggota parlimen Semporna akan meneruskan perjalanan politiknya dengan menggunakan sebuah parti sedia ada di Sabah.

Shafie bagaimanapun enggan mendedah butiran lanjut mengenai parti tersebut namun akan membuat pengumuman parti selepas cadangan perubahan nama, logo dan perlembagaannya diterima Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Shafie mengumumkan keluar dari Umno pada 4 Julai lalu selepas digantung keahliannya kerana didakwa melakukan kesalahan disiplin.
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen