malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saman S'wak Report, PAS serah dokumen pada peguam
Diterbitkan:  Sep 21, 2016 5:11 PM
Dikemaskini: 9:14 AM
ADS

PAS telah menyerahkan semua dokumen berkaitan tindakan parti itu untuk menyaman Sarawak Report, kepada peguamnya untuk penelitian, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata peguam yang dilantik oleh parti itu akan mengkaji dokumen berkenaan manakala dokumen tambahan akan diberikan sekiranya diperlukan.

"Antara dokumen yang diberikan kepada peguam, dua hari lepas ialah kenyataan balas penafian daripada pemimpin PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang," katanya ketika ditemui Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Bharu ditanya perkembangan tindakan parti itu untuk menyaman portal berita berkenaan yang berpangkalan di London berhubung dakwaan berunsur fitnah terhadap PAS.

Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa PAS menerima dana sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sekali gus mengundang kemarahan anggota PAS yang turut membuat beberapa laporan polis bagi menyiasat dakwaan tersebut.

-Bernama

Lihat Komen