malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
TTAM akui miliki plat 'Perfect' , tuntut MP mohon maaf
ADS

Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) hari ini mengaku plat kereta siri 'Perfect' adalah miliknya.

Ini susulan seorang ahli parlimen DAP awal bulan ini mendakwa bahawa siri plat berkenaan dijual oleh  syarikat jualan langsung.

Sehubungan itu, naib presiden TTAM Han Kee Juan menuntut Nga Kor Ming memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat berhubung dakwaan yang salah dan mengelirukan itu dalam masa tujuh hari.

"Siri plat 'Perfect' adalah milik TTAM dan tidak berkaitan dengan mana-mana syarikat jualan langsung.

“Kami tidak pernah memberi kuasa kepada mana-mana syarikat jualan langsung untuk menjual plat kereta itu," katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

TTAM, merancang untuk menjual 100 plat kereta (dari nombor 1 hingga 100) bagi memungut RM5 juta yang bertujuan untuk membiayai aktiviti TTAM. Pembidaan ditutup pada 15 Ogos dengan sejumlah 80 nombor plat berjaya dijual.

Pada 5 September lalu, Nga menuduh Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) dan Kementerian Pengangkutan menyalahguna kuasa dalam proses menganugerahkan hak untuk menjual beberapa plat kereta kontroversi.

Tanpa menamakan syarikat berkenaan mahupun TTAM, Nga berkata "Syarikat jualan langsung juga menjual plat kereta istimewa 'Perfect'".

Beliau mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat proses pembidaan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen