malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MP kaji jika persempadanan beri kesan kerusi HARAPAN
ADS

Kerajaan negeri Pulau Pinang membentuk satu pasukan petugas untuk mengkaji sama ada persempadanan semula baru-baru ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai sebarang kesan ke atas 13 kerusi parlimen di negeri itu.

Pasukan itu diwakili oleh ahli parlimen Ng Wei Aik (DAP-Tanjung), Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) dan Mujahid Yusof Rawa (AMANAH-Parit Buntar).

“Tindakan SPR meletakkan beberapa kerusi kami dalam keadaan kritikal dan bahaya ,” kata Sim kepada pemberita ketika ditemui di pejabat SPR Pulau Pinang di Weld Quay, George Town.

"Kebanyakan daripada kerusi terbabit adalah yang dipegang oleh Pakatan Harapan," katanya.

Menurut SPR, persempadanan semula Pulau Pinang hanya membabitkan dua kerusi parlimen - Kepala Batas dan Balik Pulau - yang kini dipegang masing-masing oleh Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Hilmy Yahaya.

Ng dan Sim berjumpa dengan pengarah SPR Pulau Pinang, Mohd Fuad Sherif, yang memberitahu bahawa persempadanan semula itu dilakukan berikutan peningkatan penduduk di kawasan pilihan raya berkenaan.

Bagaimanapun ahli parlimen pembangkang bimbang bahawa perubahan sempadan akan menceroboh membabitkan pengundi di kerusi yang dipegangnya seperti Tasek Gelugor (bersempadan dengan Kepala Batas) dan Bayan Baru serta Bukit Gelugor (bersempadan dengan Balik Pulau).

Ahli parlimen berkenaan juga menuntut untuk melihat senarai pengundi 2013 untuk dibandingkan dengan senrai pendaftaran pengundi yang terkini, dan peta sempadan baru.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen