malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hari Malaysia: Lim gesa Anwar diberi pengampunan diraja
Diterbitkan:  Sep 15, 2016 9:44 AM
Dikemaskini: 1:48 AM
ADS

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara sempenan sambutan Hari Malaysia kali ke-53, esok.

Katanya, Hari Malaysia harus menjadi agen penyatuan rakyat Malaysia dalam membina citra negara yang unggul dan sebagai sebuah perayaan Hari Kebangsaan ini harus ditandai dengan pembebasan Anwar sebagai seorang tahanan politik.

“Tidak ada permulaan yang lebih baik dalam proses untuk menyatukan semua rakyat Malaysia untuk tujuan membina Malaysia yang unggul selain daripada pembebasan patriot dan pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahanan penjara,” katanya yang dipetik portal roketkini.com.

Justeru, Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah menyeru supaya Anwar diberi pengampunan diraja dan dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada sambutan hari tersebut.

Desakan pembebasan Anwar kian memuncak sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu, peguam Amerika Syarikat yang baru menyertai barisan pembelaan bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu, Kimberley Motley mendapati terdapat banyak bukti untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.

Awal tahun ini, Pengisytiharan Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWGAD) juga telah mengiktiraf Anwar sebagai mangsa tahanan politik.

Lihat Komen