malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Korban tak jadi, Shamsul Iskandar dakwa politiking
Diterbitkan:  Sep 14, 2016 5:07 PM
Dikemaskini: 11:22 AM
ADS

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam mengumumkan akan bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) melakukan korban di kompleks pasukan itu di Air Keroh, Melaka.

Bagaimanapun, hari ini, katanya beliau dimaklumkan bahawa ibadah itu tidak dapat dijalankan di tempat itu tanpa sebarang alasan diberikan.

“Pembatalan ibadah korban di Kompleks Angkatan Pertahanan Awam di saat-saat akhir amat mendukacitakan," katanya.

Beliau yang juga kolonel kehormat pasukan itu justeru membangkitkan persoalan sama ada pembatalan acara itu mempunyai kaitan dengan politik.

“Saya sedang menghubungi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal APAM untuk mengetahui sama ada apakah ini arahan beliau atau pun arahan daripada kepimpinan politik negeri Melaka.

“Tidak perlulah mempolitikkan ibadah korban di hari raya yang penuh berkah ini!” kata anggota parlimen Bukit Katil itu.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata telah menerima ucapan terima kasih dan pengesahan bahawa acara itu akan dijalankan pagi ini.

Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan APMM berkaitan dakwaan itu.

Sementara itu, Shamsul memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan semula lembu-lembunya ekoran pembatalan majlis korban berkenaan.

"Esok jam 10 pagi saya 'jemput' semula lembu saya," kata Shamsul ringkas dalam pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Lihat Komen