malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
10 sebab mengapa pemaju tidak harus beri pinjaman
ADS

ULASAN l Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar tampil dengan cadangan yang agak pelik bahawa pemaju akan diberikan lesen memberi pinjaman wang bagi membolehkan pembeli rumah untuk meminjam daripada mereka untuk membeli rumah.

Cadangan itu bukan sahaja tidak wajar dan membimbangkan tetapi jika dilaksanakan, akan mendatangkan kesan buruk kepada kesejahteraan negara dan rakyat.

Berikut adalah 10 sebab mengapa skim itu tidak boleh dilaksanakan dalam apa jua bentuk.

1. Pemaju bukan peminjam wang. Membina rumah adalah agak berbeza daripada perniagaan memberi pinjaman. Jika pemaju mahu memberi pinjaman, mereka perlu memberi tumpuan kepada perniagaan itu - ia tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun.

2. Berlaku konflik apabila pemaju memberi pinjaman kepada pembeli. Cara teraik adalah untuk memisahkan kedua-dua perniagaan membuat rumah dan memberi pinjaman wang. Apabila anda mahu untuk menjual rumah, anda akan cenderung memberi pinjaman. Ini membawa kepada konflik kepentingan. Keputusan untuk meraih keuntungan jangka pendek akan mengorbankan kemampanan dan daya tahan jangka panjang .

3. Ini meningkatkan risiko pinjaman tidak berbayar. Apabila pembeli ingkar membayar pinjaman, kedua-dua industri pembinaan rumah dan memberi pinjaman akan terjejas manakala pembeli menjadi bankrap.

4. Bank Negara tidak mampu melaksanakan dasar kewangan dengan betul. Pelaksanaan dasar kewangan, yang diamanahkan sepenuhnya kepada Bank Negara, melibatkan antara lain, kawalan penawaran kredit, kadar faedah dan bekalan wang semasa pelbagai peringkat pertumbuhan ekonomi. Namun dengan skim pinjaman selari di bawah pemaju, peranan Bank Negara sebagai sebuah institusi untuk mengawal bekalan wang akan lumpuh.

5. Sektor kewangan besar tidak lagi dalam kawalan Bank Negara. Bank pusat kini bertanggungjawab ke atas hampir semua institusi kewangan, terutamanya ke atas yang mengambil deposit dan memberi pinjaman wang. Jika kita cuai membenarkan satu lagi sektor kewangan untuk ditubuhkan di luar pengawasan Bank Negara, ini akan meningkatkan risiko kewangan secara keseluruhan di negara ini kerana kekurangan pengawasan terhadap institusi kewangan baru berkenaan.

6. Akan berlaku mungkir kredit atau bayaran secara besar-besaran. Jika pemaju perumahan memberi pinjaman wang untuk menjual produk mereka, maka lebih ramai orang akan membeli rumah-rumah ini memandangkan proses atau cara tapisan akan dilonggarkan. Ramai juga mungkin tidak dapat membayar hutang mereka.

7. Ini akan menyebabkan pembelian spekulatif rumah yang berlebihan. Memberi kredit begitu mudah akan membawa kepada spekulasi berlebihan ke atas hartanah. Apabila anda tidak perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan untuk membeli rumah, anda akan cenderung untuk bertaruh bahawa anda boleh membuat wang apabila rumah berkenaan siap kelak. Ini akan menyebabakan lebih ramai orang untuk membeli rumah dengan tujuan spekulasi.

8. Ini akan akan menaikkan harga rumah pada mulanya tetapi harga mungkin runtuh kemudian. Kerana permintaan akibat kredit yang mudah, harga rumah pada mulanya akan naik. Tetapi kerana semakin banyak rumah dibina, ketidakupayaan untuk membayar balik akan menjadi lebih meluas. Akibatnya lebih banyak rumah akan kembali ke pasaran dan harga mungkin runtuh selepas itu.


P GUNASEGARAM boleh dihubungi di [email protected].

Lihat Komen