malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MB Negeri Sembilan keluar IJN hari ini
Diterbitkan:  Sep 7, 2016 3:03 PM
Dikemaskini: 7:06 AM
ADS

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, sejak Sabtu lepas, dibenarkan keluar hari ini.

Dalam kenyataan, Mohamad berkata ini berikutan pakar kardiologi IJN Datuk Dr Amin Arif berpuas hati terhadap tahap kesihatannya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan saya semasa menjalani rawatan di IJN.

"Semoga Allah SWT jugalah yang dapat membalasnya," katanya.

Sabtu lepas, Mohamad dimasukkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Mohamad dilapor sebagai berkata beliau hanya mengalami pening dan bukan sakit teruk seperti yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata rasa pening itu mungkin disebabkan pengambilan ubat sakit perut yang terlalu kuat selain kekurangan rehat dan tidur.

- Bernama

Lihat Komen