malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MB Negeri Sembilan keluar IJN esok
Diterbitkan:  Sep 6, 2016 4:58 PM
Dikemaskini: 8:59 AM
ADS

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu dijangka keluar dari pusat perubatan itu esok.

Pegawai khas beliau, Zulkefli Awang, berkata keadaan Mohamad bertambah baik selepas menerima rawatan di IJN.

"Beliau berada dalam keadaan sihat ketika ini. Doktor nasihatkan beliau mendapatkan rehat secukupnya," katanya yang dipetik Berita Harian Online.

Empat hari lalu, Mohamad dikejarkan ke IJN selepas mengadu kurang sihat ketika merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di Seremban.

Pada mulanya, beliau dihantar ke Pusat Perubatan NSCMH, di Seremban tetapi kemudiannya dipindahkan ke IJN berikutan rekod perubatan lengkap beliau disimpan di situ.

Portal itu juga memetiknya sempat memberitahu pening kepala kerana mengambil ubat sakit perut yang terlalu kuat, hingga menyebabkan perut tidak selesa.

Lihat Komen