malaysiakini logo
story-image
ADS

Keadaan kesihatan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara
(IJN) semalam selepas mengadu kurang sihat, kini semakin pulih.

Pegawai Khasnya, Zulkefli Awang berkata Mohamad sedang dipantau pihak IJN dan dijangka dibenarkan keluar dalam sehari dua lagi.

"Doktor menasihatkan Datuk Seri supaya berehat dan esok pihak hospital akan membuat pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menteri besar itu dilaporkan merasa tidak selesa badan ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau semalam.

Mohamad mendapatkan rawatan di Negeri Sembilan Chinese Maternity Hospital, Seremban sebelum dinasihatkan ke IJN.

-Bernama

Lihat Komen