malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Diskaun 50% boleh dilanjut di luar waktu puncak, kata Prasarana
ADS

Prasarana Malaysia Berhad mungkin melanjutkan diskaun 50 peratus untuk slot masa lain pada masa akan datang jika skim itu berjaya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengumumkan diskaun 50 peratus bagi penumpang yang menaiki LRT Rapid KL dan rangkaian monorel dari jam 6 hingga 7 pagi pada hari bekerja mulai 16 Sept ini.

"Diskaun 50 peratus adalah antara 6 hingga 7 pagi dan boleh dilanjutkan di luar waktu punck jika diskaun semasa bermanfaat kepada para penumpang," ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Kereta api tambahan akan disediakan bermula November tahun ini dengan pada setiap bulan, akan ada kereta api baru ditambah sehingga akhir tahun ini, jelas Azmi lagi.

50 peratus diskaun juga akan diperluaskan kepada penumpang Bus Rapid Transit (BRT) laluan Sunway yang melakukan perjalanan sebelum waktu puncak pagi antara 7 hingga 9 pagi.

Tambah beliau, diskaun tersebut terpakai kepada penumpang yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dengan 66 peratus penumpang LRT dan monorel telah memilih cara tersebut.

"Kami mempunyai keupayaan sistem keseluruhan yang mencukupi tetapi terdapat satu faktor beban ketidak seimbangan penumpang semasa waktu puncak pagi ini," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen