malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menteri dalam negeri diarah bayar kerugian akhbar
ADS

Mahkamah Rayuan membenarkan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menuntut ganti rugi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung arahan menggantung dua penerbitannya tahun lepas.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan Datuk Mohd Zawawi Salleh, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri.

Perayu (Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri) merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Sept tahun lalu, untuk perintah bagi menilai kerugian yang dialami The Edge Communications.

KDN menggantung permit penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai tahun lepas sehingga 17 Okt tahun lepas namun perintah itu dibatalkan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Edge Communications' membuat permohonan semakan kehakiman.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Zawawi berkata perintah Mahkamah Tinggi supaya kerugian itu dinilai adalah betul.

Beliau berkata The Edge Communications telah memenuhi keperluan minimum mengikut Perintah 53 (5) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk menuntut ganti rugi.

Berikutan keputusan itu, perkara itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi
untuk menilai ganti rugi di hadapan pendaftarnya.

The Edge Communications menuntut ganti rugi untuk tort misfeasans bagi pejabat awam (satu remedi atas tindakan pemegang jawatan awam berhubung salah guna kuasa) dan pampasan perlembagaan bagi pelanggaran hak yang termasuk kebebasan bersuara dan memberi pendapat.

Panel tiga hakim yang termasuk Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham tidak mendengar penghujahan mengenai kesahihan arahan penggantungan sebaliknya meneruskan untuk mendengar hujah tentang isu ganti rugi.

Hakim Mohd Zawawi menegaskan isu kesahihan arahan KDN menggantung permit itu adalah akademik kerana tempoh penggantungan telahpun luput dan telah diakui

Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke Yee Ching.

Beliau berhujah bahawa The Edge Communications tidak layak untuk menuntut ganti rugi kerana tidak ada niat tidak jujur di pihak KDN untuk mendatangkan kerugian kepada responden sebaliknya menjalankan tugasnya yang diberi kuasa oleh undang-undang.

Peguam Darryl Goon yang mewakili The Edge Communications berhujah bahawa perintah penggantungan akan menyebabkan kerugian kerana kedua-dua penerbitan dijual kepada orang ramai untuk wang.

-Bernama

Lihat Komen