malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pendakwaraya Paris siasat kebocoran data Scorpene
ADS

Pendakwaraya awam Paris membuka siasatan awal selepas kontraktor tentera laut Perancis, DCNS memfailkan aduan berhubung pecah amanah ekoran kebocoran dokumen mengenai enam kapal selam Scorpene yang dibina untuk India, menurut sumber kehakiman.

DCNS terkesan ekoran kebocoran itu selepas butiran daripada lebih 22,000 muka surat dokumen berkaitan kapal selam yang dibina firma itu untuk India diterbitkan dalam akhbar The Australian minggu ini yang mencetuskan kebimbangan mengenai keupayaannya untuk melindungi data sensitif.

"Kami memfailkan aduan terhadap orang yang tidak dikenali kerana pecah amanah kepada pihak pendakwa Paris pada petang Khamis," ujar jurucakap firma pembina kapal itu semalam.

Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan atas pecah amanah, menerima barang-barang curi dan keterlibatan, jelas sumber kehakiman semalam.

Sumber kerajaan Perancis berkata, pada Khamis yang lalu, DCNS nampaknya telah dirompak dan ia tidak membocorkannya sambil menambah, tidak mungkin data sulit telah dicuri.

Kerajaan Australia semalam berkata, pihaknya telah meminta DCNS untuk mengambil langkah-langkah keselamatan baru di negara itu ekoran firma berkenaan terlibat dalam rundingan eksklusif bersamanya untuk membina armada baru kapal selam pada harga A$50 bilion (AS$38 bilion).

DCNS berkata pada awal minggu ini bahawa kebocoran meliputi butiran model jenis Scorpene dan bukan kapal yang sedang direka untuk armada Australia, mencetuskan tanda tanya 'perang ekonomi' oleh para pesaing yang kecewa.

- Reuters

[Baca berita asal]

Lihat Komen