malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kenapa Chegubard lama sangat nak lapor SPRM?
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 6:35 PM
Dikemaskini: 11:04 AM
ADS

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kerajaan negeri Selangor berhubung pengubahan dalam penggunaan tanah Paya Indah Wetlands.

Dalam reaksi segeranya, Exco kerajaan negeri Selangor Elizabeth Wong berkata, kerajaan negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan SPRM.

Bagaimanapun, beliau tertanya-tanya Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri.

"Aduan yang dikemukakan kepada SPRM oleh pihak tertentu...amat dialu-alukan," kata Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan dalam kenyataan hari ini.

"Saya telah nasihatkan mereka seawal 2 Ogos yang lalu untuk membuat aduan dengan segera, tetapi mereka mengambil masa yang lama (untuk melakukannya) dan (sebaliknya) membuat kenyataan media yang tidak tepat mengenai isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

"Bagaimanapun, kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM dalam perkara ini demi rakyat dan kebenaran," tambah Wong.

Chegubard kini sah bukan lagi anggota PKR selepas keputusan rasmi mengenai pemecatan beliau dikeluarkan pada 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun, beliau mempunyai masa selama 14 hari bagi membuat rayuan ekoran pemecatan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen