malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kertas siasatan pelajar ceroboh UiTM Seri Iskandar siap
ADS

Kertas siasatan berhubung kes tiga pelajar universiti awam dari luar Perak menceroboh kawasan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) di Seri Iskandar dekat Ipoh Sabtu lalu, telah siap.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata kertas siasatan telah dihantar kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Perak.

"Tiga pelajar lelaki yang berusia antara 22 dan 23 tahun itu dibebaskan
dengan jaminan polis pada pukul 1.45 tengah hari tadi," katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5.55 petang ketika sekumpulan orang
berkumpul di bahu jalan persimpangan lampu isyarat di Kilometer 33, Jalan Ipoh-Lumut dengan membawa sepanduk serta melaungkan ucapan-ucapan provokasi.

Dua daripada tiga pelajar tersebut merupakan penuntut sebuah universiti di ibu negara manakala seorang lagi dari universiti di Sabah.

Bernama

Lihat Komen