malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Amaran Majlis Kerabat Diraja Kedah: Cukuplah
Diterbitkan:  Aug 21, 2016 7:17 PM
Dikemaskini: 11:23 AM
ADS

Datuk Nawawi Ahmad tidak sepatutnya mengheret Yang di-Pertuan Agong dan istana dalam kemelut Malaysian Official 1 yang disebut dalam laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

Yang Dipertua Majlis Kerabat Diraja Kedah Syed Idrus Syed Baharom berkata institusi berkenaan tidak wajar dipermain-mainkan.

"Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah (negara) dan baginda bukan pentadbir. Justeru mengapa kita libatkan dia?" katanya di sidang media di Alor Setar hari ini.

Pada 17 Ogos lalu Nawawi melalui tulisannya di media sosial mencadangkan individu dirujuk DOJ sebagai Malaysian Official 1 dalam saman sivil mereka untuk menyita aset bernilai kira-kira AS$1 bilion adalah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tulisan itu kemudian disunting beberapa jam kemudian.

Pada 20 Ogos Sinar Harian melaporkan Nawawi sedia memohon maaf jika titahkan begitu oleh Agong.

Bagaimanapun Nawawi berharap dia tidak perlu berbuat demikian kerana beranggapan tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Kalau nak mohon maaf, saya mestilah bersalah. Tapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa.

"Tapi kalau kepada Tuanku (Sultan Kedah) saya salah atau tidak tapi kalau dipanggil, saya menghadap dan memohon maaf. Kerana Tuanku saya letakkan nombor satu," katanya.

Syed Idrus berkata ramai yang tidak kenal siapa Yang di-Pertuan Agong dan alim ulama namun semuanya hendak dikaitkan dengan kemelut berkenaan.

"Ini amaran keras kepada semua rakyat dan kami tidak mahu dengar lagi perkara sedemikian," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen