malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Tindakan akan diambil terhadap pesalah dalam kes DOJ'
ADS

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dinamakan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB, jika didapati bersalah.

Beliau ditanya hari ini sekiranya kenyataan rakan sejawatannya, Datuk Paul Low adalah pendapat sendiri atau merupakan keputusan kabinet.

Low berjanji pagi ini bahawa kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dinamakan dalam DOJ atau sesiapa sahaja, jika mereka terbukti bersalah melakukan penyelewengan dana 1MDB.

"Ini bukan sahaja kenyataan beliau. Perdana menteri telah berkata perkara yang sama. Saya juga telah memperkatakannya banyak kali," kata Johari.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika kita mempunyai bukti yang cukup."

Sementara itu, beliau enggan mengulas mengenai pendedahan terkini oleh portal pembocor maklumat Sarawak Report yang mendakwa bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk membina kelab malam Las Vegas.

"Saya tidak boleh mengulas mengenai apa-apa daripada Sarawak Report kerana ia bukan jenis penerbitan yang berwibawa yang saya boleh bergantung kepadanya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen